Quantcast
Channel: Write to Wealth
Viewing all articles
Browse latest Browse all 83

2 Soalan yang bilionair Elon Musk tanya pada dirinya, sebelum buat keputusan untuk membangunkan bisnes.

$
0
0

Cara kenal pasti potensi bisnes

Bagaimana Elon Musk buat keputusan untuk membina sebuah bisnes yang mempunyai potensi bernilai bilion dolar?

Siapa yang belum kenal Elon Musk. Beliau merupakan pengasas beberapa buah syarikat dalam industri berbeza seperti SpaceX, Tesla, Paypal dan pelbagai lagi.

Untuk individu yang pelik sepertinya, ramai yang tertanya-tanya bagaimana corak pemikiran Elon Musk dalam membuat sebuah keputusan untuk membina sebuah bisnes.

Pekerja Tesla ini ditemubual oleh Elon Musk. Apa yang berlaku seterusnya, sangat mengujakan.

Ini adalah perkongsian yang saya dapat daripada pekerja terawal yang bekerja di salah sebuah syarikat Elon Musk, iaitu Tesla. Pekerja ini berkongsi pengalamannya di Quora pada 24hb Februari.

Beliau ini ditemubual sendiri oleh Elon Musk.

Selepas sesi temubual dan bersoal jawab, beliau terus bertanya soalan kepada Elon Musk. Antara soalan yang diajukan adalah,

“Bagaimana tuan buat satu keputusan untuk membangunkan projek atau bisnes, dan mempunyai motivasi yang kuat untuk melawan segala cabaran yang mendatang?”

Ini adalah jawapan Elon Musk. Jawapan yang simpel, tetapi menjelaskan personalitinya secara keseluruhan.

Dua soalan yang menjadi pertaruhan seorang bilionair sebelum buat keputusan.

Elon Musk akan bertanya dua soalan ringkas ini:

  1. Bolehkah kita hasilkan benda ini? (Tanpa melawan sebarang hukum fizik).
  2. Adakah ia sangat penting untuk kesejahteraan manusia di seluruh dunia?

Jika kedua-dua jawapannya “Ya” untuk soalan di atas, maka beliau tidak akan berfikir panjang dan terus buat.

Bisnes bukan sekadar buat duit. Ia adalah misi kemanusiaan.

Cara berfikir seperti bilionair Elon Musk ini nampak ringkas. Dua soalan di atas sudah cukup untuk membantu kita membuat keputusan yang penting untuk membina bisnes yang bukan sahaja mampu buat duit yang banyak.

… Dalam masa sama, ia mampu untuk mengubah dunia menjadi lebih baik.

Mahu belajar teknik pengiklanan yang lebih POWER? 100% eksperimen daripada kami.

Jika anda suka baca artikel ini, anda pasti suka dengan eksperimen iklan yang kami buat untuk gandakan sales bisnes.

Hasil daripada eksperimen ini, kami memperoleh lebih 70% pulangan dari sudut jualan produk.

Klik di sini untuk download ebook & baca eksperimen kami.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 83

Trending Articles