Fesyen adalah industri yang mencabar.
Best tapi sangat mencabar.
Pesaingan dalam industri fesyen boleh dikategorikan sebagai “Ultra-Level”.
Faham kan?
.
Kita ambil contoh Designer Brands yang high-end.
Mereka ini susah untuk gulung tikar dalam masa terdekatn dan sentiasa berkembang.
Malah, dijangkakan saiz industri fesyen akan cecah $1.4 trillion pada tahun 2021 – Market Research provider, Euromonitor International.
(Data ini dikeluarkan sebelum situasi pandemik, mungkin ada perubahan sekarang).
.
Copywriting yang terbaik dalam dunia juga ada dalam industri fesyen.
Cukup dengan emosi, branded, exciting dan dah cukup bagus untuk buat orang belanja ribuan ringgit walaupun hanya untuk sepasang kasut.
Agak kelakar kalau anda sebagai marketer atau copywriter syarikat fesyen tak boleh belajar sesuatu daripada mereka.
So, dah ready nak belajar headline yang power daripada high-end brand untuk bisnes fesyen anda?
Kami juga akan tunjukkan macam mana nak tukar headline mereka menggunakan formula Emotional Dialogue yang kami ajar dalam Ads Marathon Digital.
Teruskan bacaan di bawah.
.
1. Sales Promotion Ralph Lauren.
Anda semua mesti kenal dengan brand Ralph Lauren kan?
Ala yang ada logo kuda tu.
Di dalam gambar di bawah adalah promosi terkini mereka unuk sale 40%:
![](http://writetowealth.my/wp-content/uploads/2020/10/Ralph-Lauren-sale-copy-1024x396.jpg)
Nampak sesuatu kat dalam gambar tu?
Sebaik saja anda masuk dalam website mereka, anda akan nampak headline yang besar tulis perkataan “Sale”.
Di bawah pula ada tulis “Up To 40% Off” untuk bagi customer faham dengan jelas berapa yang mereka boleh jimat. Siapa yang tak jimat kan?
Lagi-lagi kaum lelaki. Hehe
Satu lagi, anda nampak tak “Free Fast Shipping On Orders $150+ | Free Returns | Details di sebelah atas?
Ini adalah salah satu urgency untuk customer berbelanja lagi banyak semata-mata nak dapatkan item lagi cepat dan shipping percuma. Offer yang kreatif untuk naikkan sales.
.
Jadi, macam mana kita boleh guna contoh headline daripada Ralph Lauren ni untuk tukar jadi headline Emotinal Dialogue?
Contoh headline:
1) Setiap kali ada Sale 40% macam ni mesti aku menggigil!
2) Apa yang kecoh sangat dengan Sale 40% kat butik XYZ tu.
3) Sale 40%? Tolonglah wardrobe saya dah nak overload dengan collection butik ABC ni…
.
Belajar sesuatu?
Apa kata sekarang ni cuba headline macam ni untuk copywriting bisnes fesyen kita pula.
.
2. Taft Clothing
Taft adalah salah satu retailer yang jual boot berkualiti tinggi dan unik.
Di bawah ini adalah contoh Facebook Ads yang mereka run untuk musim sejuk.
![](http://writetowealth.my/wp-content/uploads/2020/10/Taft-ad-693x1024.jpg)
Jom tengok headline mereka “Over the hill & through the woods.”
Mereka nak bagitau kat sini yang boot mereka tahan lama dan tak mudah rosak walaupun customer pakai dalam keadaan yang extreme.
Apa yang kita boleh belajar daripada iklan Taft?
1) Dalam headline tonjolkan value proposition produk kita.
2) Apa yang buat produk kita lebih baik daripada yang sedia ada dalam market?
3) Macam mana produk kita boleh ubah hidup customer kita?
.
Okay, sekarang ni macam mana nak tukar headline yang kita guna contoh headline Taft?
Contoh headline:
1) Sama ada anda cuci tangan atau cuci pakai mesin basuh.
Shawl ABC ini dihasilkan untuk apa juga cara basuhan.
.
2) Pakai di Pejabat atau Majils Kahwin
Jubah ABC ini akan buatkan kawan-kawan anda tak jemu pandang.
Belajar sesuatu?
Kalau belajar sesuatu boleh share manfaat ini kepada lebih ramai rakan usahawan kat luar sana?
.
Oh ya, kalau tak nak belajar lebih detail cara hasilkan Headline Emotional Dialogue dan belajar cara hasilkan copywriting yang power, apa kata daftar sebagai alumni Ads Marathon Digital sekarang.
Belajar copywriting daripada zero sampai pandai.
50 orang pertama akan dapat sesi private online tutoring bersama tuan Syazwan dan tuan Zubair selama 30 minit (bernilai RM997).
Klik gambar di bawah sekarang.